Monday, 18 July 2011

selayaknya neraka

Kegembiraan senang dicari , bahagia susah.Aku rasa aku akan dapat bahagia aku bila aku dapat tiket masuk syurga.Terlalu banyak benda yang ganggu aku.Benda sebesar kuman boleh jadi sebesar alam.Bukan aku terlalu memikir atau tolak teori redha.Aku tak nak menangis bukan sebab aku berlagak kuat tapi aku kena belajar.Dunia ini kejam jadi menangis tidak mengubah apa-apa.Serius tak tipu,Masalah tetap akan menembak aku dengan meriam besi.

Aku tahu tuhan sayang aku.Itu sebab dia beri aku ujian bertimpa-timpa.Aku suka fikir positif , fikir mungkin tak ada rezeki aku , fikir mungkin aku salah.Jadi aku cuba , cuba mengejar yang terbaik.Aku tak mahu jadi macam dulu.Kadang-kadang aku rasa seronok bila ada masalah sebab kita boleh fikir cara dan peralatan apa yang nak guna nanti.Benar Puan.Shahida cakap,masyarakat tamadun dulu mencipta peralatan dengan masalah yang dihadapi.Lagi satu , bila ada masalah aku rasa masa itu otak kita bergerak macam mesin tak adalah dia tepu.


No comments:

Post a Comment